top of page

LATAR BELAKANG IMTIAZ

T. 123-456-7890

  • White LinkedIn Icon
  • White Google+ Icon
  • White Twitter Icon

Pengasas Sekolah Menengah imtiaz Ulul Albab Melaka merangkap

Timbalan Perdana Menteri Malaysia

YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi

Pengasas  imtiaz  Terengganu

YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh

Sekolah Menengah imtiaz  Ulul Albab Melaka ini diasaskan penubuhannya oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kawasan Bagan Datoh, Perak. Sekolah yang terletak di Masjid Tanah ini mengguna pakai sistem dan konsep Sekolah imtiaz terawal di Malaysia iaitu imtiaz Besut, Terengganu yang diilhamkan oleh Dato' Seri Hj Idris bin Jusoh, mantan Menteri Besar Terengganu juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh merangkap Ketua Umno Bahagian Besut.                                                                                                                                      

Sekolah Menengah imtiaz Ulul Albab Melaka adalah sebuah sekolah agama yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang diuruskan oleh Y2G - Ulul Albab Center of Excellence yang diketuai oleh YBhg Datuk Hisham Bin Abd Majid (Pengerusi Y2G - Ulul Albab Center of Excellence).

Hasrat untuk menubuhkan sekolah ini sudah tercetus semenjak tahun 2008 lagi iaitu sewaktu YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan hasrat tersebut menjadi kenyataan apabila sekolah ini didirikan di atas sebidang tanah waqaf seluas 3 ekar kepunyaan keluarga isteri kepada YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi iaitu YABhg. Datin Seri Hamidah Binti Khamis di Masjid Tanah, Melaka. Tanah waqaf ini terletak bersebelahan pusara kedua-dua mertua beliau.

Pada permulaan, yuran yang dikenakan adalah cukup minimum iaitu Yuran Program, Aktiviti & Material (PAM) berjumlah sebanyak RM100.00 (Satu Ratus Ringgit sahaja) sebulan.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh pihak kami dari masa ke semasa dan dinasihatkan agar pemohon sentiasa mengikuti perkembangan melalui laman web ini.

bottom of page